andai rindu ini berbalas
andai kasih ini bertaut
andai cinta ini bersambut
andai segalanya...
berselindung disebalik hijab
tersembunyi satu perasaan
yang sukar untuk diungkapkan
takut untuk dileraikan
bukan kerana tiada keberanian
cuma tiada kekuatan...
inginku biarkan masa yang tentukan.
di bawah redup rembulan
walaupun berteman bintang-bintang yang berkerdipan
tiada satu pun yang berjaya mencuri pandangan
kerana kasihnya di sebalik hijab yang tidak kelihatan
Ia jua yang menjadi pilihan.
Friday, July 2, 2010
persidangan perwakilan...
tak pernah termimpi untuk melangkah sejauh ini. untuk mengundur adalah suatu yang tak mungkin ku lakukan, tetapi untuk menoleh seketika merenung tiap langkah yang telah ku lalui sebelum ini bagi mengingatkan diri adalah menjadi kewajaran. terasa berat tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku, membawa amanat-amanat mereka agar didengari oleh pemimpin,..dengan langkah bersahaja, tidak seperti mereka-mereka yang hadir masing-masing membawa teks ucapan yang bergulung-gulung, mengatur langkah dengan megah, dengan pakaian, aksesori-aksesori yang agak menggerunkan sehingga mampu meruntuhkan keyakinanku. berbeza dengan ku yang melangkah dengan bersahaja, membawa beg plastik yang ku isi dengan kamera,hp, botol air mineral dan barang-barang yang seangkatan dengannya sehingga tak sanggup untuk ku menyenaraikannya. lagak tidak seperti ahli perwakilan yang lain. "Ada aku kisah?dan Aku tak kisah...mata yang memandang seperti memperlekehkan diriku.sekali lagi aku tak kisah...disebalik insan-insan yang boleh dikatakan hebat ini, yang berpakaian seragam...tiba-tiba ada seorang insan yang begitu menarik perhatian ku.secara spontan terkeluar ayat dibibirku...Ya Allah!!hebatnya mak cik ni...:-)lagaknya lagi bersahaja dariku.yang pastinya ku mengaguminya...mungkin juga mak cik ni juga sepertiku.."ada aku kisah?"dia hadir dengan berselipar jepun...berkain batik...baju kurung kedah...kain tudung lepas...saat itu ku dapat rasakan aura kehebatan yang ada pada mak cik ni dan ku kira lebih sesuai ku gelarkan dia nenek...dicelah-celah kesibukan orang yang terlalu ramai, ku kejar nenek tersebut semata-mata untuk dapatkan gambar.ku renung kembali apa yang ku lalui hari ini, apa yang ku lihat, ku dengar, ku rasai hari ini. tidak kira siapa kita, walau di mana kita di tempatkan, walau di mana kita berada, walau apa pun yang kita lakukan selagi ia tidak melanggar undang-undang, selagi ia adalah benar, selagi ia adalah apa yang kita inginkan, selagi ia yang kita fikirkan,..segalanya memerlukan keberanian, keyakinan, sasaran, strategi dan yang paling penting adalah sikap kita sendiri. untuk menjadi hebat, untuk kelihatan hebat, atau untuk menjadi pura-pura hebat ia bergantung kepada diri kita sendiri, pilihan di tangan kita. hebatnya seseorang bukan pada kerjayanya tetapi pada diri sendiri. walaupun kita nampak hebat dari segi kerjaya yang dimiliki tetapi kita tidak hebat dari segi sikap ia tidak memberi makna.anda yang tentukan...semoga renjisan mawar hari ini mampu dirasai oleh mereka-mereka yang hampir denganku. sesungguhnya ilmu yang didengar perlu disebarkan dan disampaikan selebihnya terpulang kepada diri sendiri untuk menterjemahkannya dengan cara yang tersendiri.
Thursday, July 1, 2010
setahun telah berlalu...
hari ini genap setahun perkhidmatan...bila ku renungkan kembali, apa yang telah ku lakukan sepanjang setahun perkhidmatanku pada organisasi, pada masyarakat, pada mereka yang memerlukan perkhidmatanku?sesungguhnya terlalu banyak yang telah dilalui sepanjang setahun ku di sini, segalanya mengajar aku untuk lebih berdikari, bertindak, mengatur langkah dengan lebih berhati-hati walaupun tersungkur tetapi aku masih mampu bangkit kembali bersama semangat-semangat yang tidak pernah jauh dariku. lubang-lubang kecil ini mengajar aku untuk meneruskan perjuangan yang baru sahaja bermula. walaupun lubang-lubang ini sentiasa ada tetapi takkan ku biarkan lubang-lubang itu terus membesar kerana ku bimbang lubang-lubang yang ada akan menjatuhkan aku sehingga aku tidak mampu untuk bangkit semula. semoga kekuatan itu sentiasa ada, permudahkanlah dan kita akan dipermudahkan juga. renjisan yang ku renjiskan semoga direnjiskan kembali kepada ku sama ada secara sedar atau tidak. ku percaya disebalik kejayaan itu ada kisah kegagalan yang sukar untuk diungkaikan. takkan ku biarkan renjisan mawar ini kering dan sesungguhnya akan ku pastikan ia akan sentiasa dalam kebasahan kerana renjisan itu menjadikan aku lebih kuat untuk mengatur langkah dalam memberikan yang terbaik kepada mereka-mereka yang ada di sekelilingku. Ku mohon dikembangkan lembayung rahmatMu kepada insan-insan yang hampir denganku, sesungguhnya apa yang ku lakukan semalam, hari ini dan hari-hari mendatang adalah untuk mereka-mereka yang amat ku sayangi....untuk menjadi hebat, bukan sahaja perlu bersandar pada mereka-mereka yang hebat tetapi yang pastinya dalaman dan luaran kita juga kena hebat. pelajari sesuatu dari mereka yang hebat dan berusaha untuk menjadi hebat.
MERENJIS MAWAR
slot merenjis mawar memberi satu lembaran baru pada diriku. setelah sekian lama ku mencari kekuatan diri yang sebenar, walaupun hakikatnya kelemahan yang terbentang dihadapan. kini ku percaya dengan adanya gabungan muzik dan cara penyampaian yang bersahaja adalah "AKU". merenjis mawar tidak seperti slot-slot yang biasa ku lakukan, ku muntahkan segala tenaga, idea, suara dan segala yang ku ada..penat dalam keghairahan, yang penuh dengan kepuasan. terima kasih pada sahabat-sahabat yang sama-sama menjayakan. semoga aura- aura positif, aura kehebatan yang sememangnya ada pada setiap manusia dapat kita terjemahkan mengikut kehebatan yang ada pada diri masing-masing. kita sememangnya dilahirkan hebat, tetapi kehebatan yang ada pada diri kita tidak boleh dibandingkan dengan kehebatan Allah yang maha mencipta. bersyukurlah dengan setiap kurniaan kehebatan yang telah diberikan. manusia sememangnya leka dan jangan kita terus terleka,..renjiskan kata-kata semangat, kata-kata perangsang pada mereka yang hampir dengan kita.biar seiring dan sejalan..
Subscribe to:
Posts (Atom)