Tuesday, October 19, 2010

rindu yang tak terluah....

dia yang ku rasakan jauh denganku
sedangkan ku tahu ia begitu hampir denganku
dekat..tapi tak terjangkau oleh jari -jemariku
aku yang sentiasa ingin hampir denganmu
yang sentiasa ingin bersamamu
yang sentiasa mengangankan mu
betapa aku tewas bila berjauhan denganmu
gagal dalam mengawal emosi rindu yang datang bertamu
adakah dikau jua sepertiku
yang merindu
bagai pungguk yang merindui bulan
menunggu kedatangan rembulan
menantikan malam akan bertandang
mengharapkan senja melabuhkan tirai pemandangan...
pungguk tidak mampu meluahkan kerinduan
hanya mampu mendongak melihat bulan jauh di awan

Lukisan lembu...

hari ini walaupun separuh hari menghadiri mesyuarat di ibu pejabat dan seterusnya mesyuarat disambung di luar (outdoor meeting) iaitu di kawasan pantai dan telah menghasilkan 2 kertas kerja. Bunyinya agak pelik tapi itulah yang berlaku. paling bestnya, mesyuarat di selang-selikan dengan aktiviti art therapy...menarik dan itu sebenarnya ingin dikongsi bersama. rasionalnya untuk menghilangkan rasa tegang bukan saja pada otak tetapi pada sendi-sendi keringat yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda terencat bukan tidak fokus pada perbincangan tetapi kita kena tahu manusia ini mempunyai limitasinya macam line telefon dan broadband juga. untuk tugasan yang pertama...sila lukiskan gambar lembu. kalau anda sudah lukis, seperti biasa jika ingin mengetahui rahsia selanjutnya sila bagitahu kedudukan kepala lembu yang anda lukis.sekian, terima kasih dan selamat mencuba.sesungguhnya orang-orang yang jujur dan berani sahaja yang ingin mengetahui tentang diri sendiri. wassalam

kisah lelaki dan bunga...

sila pejamkan mata anda buat seketika.bagi yang sedang membaca cerita ini tidak perlu berbuat demikian kerana jika anda ikut arahan seperti di atas bermakna....tak tahu nak kata pe sebab sudah pasti anda tidak mampu untu membaca arahan yang seterusnya kerana mata anda terpejam jadi sila baca habis dahulu kemudian bolehlah buat itupun kalau nak buat. berbalik pada cerita tadi...pejamkan mata anda dalam keadaan tenang, rileks...cuba bayangkan sedang anda bersendirian di tepi pantai, anda telah didatangi oleh seorang lelaki yang hemsem, macho..dan yang seangkatan dengannya dan di tangan lelaki tersebut ada sejambak bunga. apa reaksi anda? jika mahu tahu jawapan bagi setiap reaksi anda sila tinggalkan apa yang patut...selamat berimaginasi dan jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan tanda tanya setelah didatangi lelaki tersebut.

Wednesday, August 25, 2010

Bersandar pada kehebatan orang lain

Bercerita tentang kehebatan orang lain tidak sama dengan cerita tentang kehebatan diri sendiri. Kita hanya melihat kehebatan yang ada pada orang lain tetapi lupa sebenarnya diri sendiri juga punyai kehebatan yang tersendiri. Adakah kita malu untuk mengakui kehebatan diri sendiri atau adakah kita sebenarnya takut untuk mengakuinya kerana bimbang akan dipersendakan?
Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat, malah tidak dapat dinafikan juga bahawa ada insan lain yang hanya ingin dipandang hebat. kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Golongan yang pertama adalah golongan yang sentiasa sedar akan kelemahan diri dan sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan dalam masa yang sama sentiasa mengikhlaskan diri serta akur pada kehebatan ciptaan Allah. Berbeza dengan golongan kedua yang mengharapkan pujian dan penghargaan dari orang lain. Golongan ini akan terus hanyut dan tenggelam dibuai mimpi indah pujian orang lain yang belum tentu ikhlas. kehebatan yang dirasai, dipandang hebat oleh orang lain tetapi pada hakikatnya indah khabar dari rupa. Kebiasaannya orang yang ingin dipandang hebat hanya menyandarkan kehebatannya pada orang lain, bersembunyi disebalik bayang-bayang yang kabur dipenglihatan manusia...bijak menyusun kata-kata, hebat hanya dari segi perancangan /memberi arahan tetapi dari segi perlaksaannya? Mereka yang sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri sedangkan kehebatan yang sebenar adalah pada orang lain.
Berbicara tentang kehebatan diri sendiri dan orang lain bukan membuka pekung di dada tetapi adalah sebagai peringatan pada diri kita sendiri. kekadang kita silap dalam membuat penilaian...dan siapa kita untuk untuk membuat penilaian?
Masalahnya ialah kita telah hilang nilai-nilai kehebatan diri sendiri kerana kita hanya suka menyandarkan kehebatan kita pada orang lain. Jangan kerana puji-pujian yang diberikan kepada kita, kita menjadi leka dan mudah tertipu dengan pujian dan pengiktirafan tersebut. jangan kita hilang jati diri hanya kerana dipandang hebat, sedangkan banyak sisa-sisa kelemahan yang tidak kita sedari atau enggan kita akuinya. Tanpa kita sedari lama -kelamaan kita mula menjadi orang yang mengejar populariti dan nama, bongkak dengan diri sendiri.
Kita sebenarnya memerlukan insan-insan yang hebat disekeliling kita. Andai mereka-mereka yang hebat ini hilang, secara tidak langsung kehebatan itu juga akan tenggelam bersama mereka. hakikatnya kita tidak mampu berdikari dan hidup di tengah-tengah gelombang yang hebat kerana kita sebenarnya kurang hebat. Kita hanya menumpang kehebatan orang lain. Dari kehebatan orang lain kita sebenarnya belajar dan berusaha untuk menjadi hebat seperti mereka.
Maka kita mesti mengubah mentaliti daripada ingin dipandang hebat kepada ingin menjadi hebat dalam ertikata yang sebenar. Sekalipun manusia tidak memberikan pujian dan pengiktirafan, kita tetap berusaha menjadi hebat dan hanya mengharapkan pengiktirafan Allah dan Rasul.
Zaman Rasullullah dahulu betapa hebatnya sahabat-sahabat baginda yang sentiasa berusaha untuk menjadi hebat...kehebatan mereka bukan sahaja di medan peperangan tetapi dalam pelbagai ilmu, emosi sehingga kehebatan mereka sentiasa meniti dibibir generasi hari ini.
Berusahalah untuk menjadi orang yang memang hebat, bukan hanya dipandang hebat. sesungguhnya ingatlah bahawa kita langsung tidak hebat tatkala kita membelakangkan Allah dan Rasul. Apabila kita terlalu bergantung pada manusia akan menjadikan kita lebih hina di sisi Allah. Bersandarlah pada yang kekal abadi iaitu Allah, bukan manusia yang hidup pasti mati....

aku adalah aku...

Bagaimana harusku mulakan coretan kali ini. Jari -jemariku seakan kaku seperti lidah yang kelu untuk berkata-kata. Tiada lagi kepetahan dalam menyusun kata-kata, ketandusan bicara untuk membuai hati mereka yang sedang berduka lara,..hati siapa sebenarnya yang dilanda kecewa? "jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk berduka...jangan ambil masa yang terlalu lama untuk memendam rasa...itulah di antara barisan kata-kata yang sering ku ucapkan pada mereka yang datang bertandang untuk mendapatkan kata-kata perangsang dariku. aku bukannya tidak sedar semua itu, tetapi aku juga manusia yang punya rasa sedih, kecewa, terluka, suka dan duka. kenapa melihat aku seseorang yang begitu sempurna. Hipokrit seandainya aku sembunyikan perasaan ini.
Berilah aku peluang dan ruang pada diri sendiri untuk mengubat hati yang sedang berduka. Masing-masing ada cara tersendiri untuk ubatinya...tetapi seandainya aku leka dan kalian melihat aku begitu jauh dalam dunia sendiri, jangan pernah lupa untuk mengingatkan aku agar kembali kepada kalian...

Monday, August 23, 2010

Ya Allah....
ku panjatkan bingkisan doa ini buat kedua-dua arwah ayahanda tersayang...
dimulai dengan selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad s.a.w, para sahabat baginda....
ya Allah sampaikan salam rindu ini buat kedua-dua ayahanda...Ya Allah!andai di sepanjang kehidupannya, ku bentangkan tempat tidurnya dengan hamparan yang baik, ku mohon padaMu ya Allah, Engkau hamparkan juga buat ayahandaku dengan hamparan yang lebih baik, dilapangkan tempat tidurnya dengan seluas-luas hamparan agar ayahandaku lena diulit mimpi tanpa gangguan binatang-binatang berbisa yang biasa diperdengarkan kepadaku ya Allah...jika sepanjang kehidupannya, ayahandaku lena dalam keadaan gelap tanpa sinaran cahaya lampu kalimantan, kali ini ku mohon kepadamu Ya Allah..Engkau sinari kamarnya dengan sinaran cahaya iman, cahaya yang terang benderang sehingga ayahandaku tidak merasa takut dan gentar walaupun bersendirian. ya Allah..jika sepanjang tempoh kesakitannya, ia hanya diam terpaku, kelu untuk berbicara, terlantar menanggung kesakitan...ku kohon kepadaMu Ya Allah Engkau lancarkan tutur bicaranya...petah berkata-kata dalam menjawab setiap soalan yang diajukan oleh petugas-petugasmu...Ya Allah, sesungguhnya ku tidak mampu untuk menemani ayahandaku lagi tidak seperti malam-malam sebelum ini tetapi ku percaya bahawa Engkau akan hadirkan seseorang untuk menemaninya. Amin.....

kehilangan....

terlalu sukar untukku menyusun barisan kata-kata bila ingin berbicara tentang kehilangan. apa lagi bila ia melibatkan insan yang tersayang. walaupun pada awalnya sememangnya kita fikir sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang, namun apabila tiba saat itu...hanya linangan airmata yang mampu dialirkan, jatuh satu-satu dengan penuh tertib. kesakitan yang dirasa bukan hanya di pandangan mata...tapi luluh dijiwa..deraian yang semakin laju tanpa noktahnya. sesungguhnya air jernih yang jatuh tidak pernah dipaksa apa lagi dipinta tetapi itulah cetusan rasa sebuah kehilangan.
bukan melawan takdir atau ketentuan Nya tetapi kehilangan yang tidak terduga mengubah segalanya. kehilangan mengajar kita untuk menjadi seseorang...belajar untuk bertatih...berjalan...berlari...bercakap...senyum, gelak ketawa dan sebagainya.jika sebelum ini kita semua itu kita belajar dengan adanya bimbingan "dia" tetapi hari ini dan hari-hari mendatang semua itu kita kena belajar dengan sendiri.mampukah kita lakukan semua itu tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari insan yang dipanggil aboh...ayah...abi...walid..papa..atau yang seangkatan dengannya?tidak kira apa saja panggilannya namun insan tersebut tetap ayah kita. sakitnya sebuah kehilangan.
"kasihnya ayah sanggup bersusah payah...
kasihnya ayah tak sanggup berpisah
kasihnya ayah...

...resah hatiku merinduimu
terbayang-bayang senyum dan tawamu
baru semalam ku rasa bagaikan setahun
pemergianmu tak tertanggung
indah suasana tika bersama
setiap masa ada saja gurau senda
kasihmu itu...kasih yang setulus jiwa
tidak mungkin ada penggantinya
tidak terdaya melawan takdirNya
engkau abadi didalam jiwa
sepi dunia didalam riuh rendahnya
pedih jiwaku ...tanggung derita
patah hatiku menahan kesedihan di jiwa
kau satu dalam berjuta
kepada Tuhan tempatku taruh harapan
engkau selamanya dalam bahagia...
kasihmu itu akan ku kenangi
di sudut kamar hatiku....
sekadar coretan, buat kenangan
kisah kasih sayangmu di sini ku abadikan
setinggi harapan semoga diketemukan
di alam impian syurga idaman...

al-fathihah buat kedua-dua arwah aboh...kehilangan kedua tidak sama dengan kehilangan yang pertama.tetapi yang pastinya kehilangan kalian sukar untuk diterjemahkan.