Thursday, July 1, 2010

setahun telah berlalu...

hari ini genap setahun perkhidmatan...bila ku renungkan kembali, apa yang telah ku lakukan sepanjang setahun perkhidmatanku pada organisasi, pada masyarakat, pada mereka yang memerlukan perkhidmatanku?sesungguhnya terlalu banyak yang telah dilalui sepanjang setahun ku di sini, segalanya mengajar aku untuk lebih berdikari, bertindak, mengatur langkah dengan lebih berhati-hati walaupun tersungkur tetapi aku masih mampu bangkit kembali bersama semangat-semangat yang tidak pernah jauh dariku. lubang-lubang kecil ini mengajar aku untuk meneruskan perjuangan yang baru sahaja bermula. walaupun lubang-lubang ini sentiasa ada tetapi takkan ku biarkan lubang-lubang itu terus membesar kerana ku bimbang lubang-lubang yang ada akan menjatuhkan aku sehingga aku tidak mampu untuk bangkit semula. semoga kekuatan itu sentiasa ada, permudahkanlah dan kita akan dipermudahkan juga. renjisan yang ku renjiskan semoga direnjiskan kembali kepada ku sama ada secara sedar atau tidak. ku percaya disebalik kejayaan itu ada kisah kegagalan yang sukar untuk diungkaikan. takkan ku biarkan renjisan mawar ini kering dan sesungguhnya akan ku pastikan ia akan sentiasa dalam kebasahan kerana renjisan itu menjadikan aku lebih kuat untuk mengatur langkah dalam memberikan yang terbaik kepada mereka-mereka yang ada di sekelilingku. Ku mohon dikembangkan lembayung rahmatMu kepada insan-insan yang hampir denganku, sesungguhnya apa yang ku lakukan semalam, hari ini dan hari-hari mendatang adalah untuk mereka-mereka yang amat ku sayangi....untuk menjadi hebat, bukan sahaja perlu bersandar pada mereka-mereka yang hebat tetapi yang pastinya dalaman dan luaran kita juga kena hebat. pelajari sesuatu dari mereka yang hebat dan berusaha untuk menjadi hebat.

No comments:

Post a Comment